Samseng jalanan viral dekat Gua Tempurung ditahan polis

oleh Penyumbang Rencana 2|
TIGA lelaki yang terlibat dalam kejadian buli jalan raya di Lebuh Raya Utara-Selatan (Gua Tempurung) baru-baru ini telah ditahan polis. 

Menurut kenyataan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), IPK Perak, dua  ditahan di Banting, Selangor dan seorang lagi di Kampar, Perak. 
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Ketiga-tiga pemandu terbabit ditahan dibawah Sek. 42 (1) APJ 1987 bagi membantu sisatan. 

Tangkapan dibuat dengan kerjasama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD). 

JSPT dalam kenyataan terbabit menasihatkan  pengguna jalan raya agar bertenang dan mengekalkan cara pemanduan yang selamat jika berhadapan pembuli jalan raya. 

Pemandu juga dinasihatkan tidak melibatkan diri dengan pemandu yang agresif serta mengekalkan jarak pemanduan yang selamat antara kenderaan dengan kenderaan lain. 

Pada masa yang sama JSPT turut menasihatkan pengguna jalan raya agar tidak berhadapan dengan pembuli jalanraya, atau melakukan provokasi yang boleh menimbulkan kemarahan. 

Jika terlibat dengan kejadian tersebut, pengguna jalan raya dinasihatkan mencatat nombor pendaftaran kenderaan pembuli jalanraya tersebut dan laporkan kepada pihak polis agar tindakan selanjutnya boleh diambil.

Baru-baru ini tular di laman sosial satu rakaman video tindakan dua buah kereta dan sebuah lori yang mencetuskan pertelingkahan. 

Namun tiada sebarang pergaduhan dan kecederaan dalam kejadian tersebut.


* Oleh: Hamimah Hamid & Mohd UmzarulFaiz Umar

Berita Berkenaan

Informasi
  "Pemandu Perodua Myvi itu hadir ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kulai, Supt Tok Beng Yeow, berkata suspek berusia 32 dan 42 tahun yang menaiki…
Berita Domestik
  “Kumpulan ini kebanyakannya terdiri daripada pelajar sekolah namun ada juga segelintir yang…