Sambutan Tahun Baru Cina bersama Volkswagen “Wong” di seluruh negara

oleh SALINA JALIL|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia meraikan kemeriahan Tahun Baru Cina dengan rumah terbuka di seluruh negara. Rumah terbuka itu akan diadakan pada Sabtu, 8 Februari bermula 11am hingga 5pm di pengedar sah Volkswagen di Malaysia.


Tahun ini, tema sambutan Tahun Baru Cina Volkswagen memberi fokus kepada karekter Cina “旺” iaitu “wong” yang membawa maksud bernasib baik dan makmur.


Dengan itu, VPCM ingin memberi “Wong” kepada anda menerusi pelbagai tawaran menarik, rebat dan selepas jualan kepada pelanggan baru dan sedia ada. Tidak ketinggalan, hidangan CNY yang lengkap bersama “yee sang” dan aktiviti-aktiviti menarik buat seisi keluarga.


MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Anda juga berpeluang mendekati model terbaharu 2020 Passat 2.0TSI Elegance yang baharu sahaja dilancarkan. Passat Elegance baharu ditawarkan pada harga RM187,990 seunit. Untuk tempoh terhad, ia didatangkan dengan insurans selama setahun secara percuma.

 

 

Selain itu terdapat beberapa model lain yang ditawarkan dengan 'Wong" tambahan iaitu insurans dan rebat petrol secara percuma selama setahun.

 

 

Model-model dan penjimatan adalah seperti berikut:

 

 

 

 Model

Penjimatan sehingga

Bulanan

Polo

RM3,000

RM735

Vento Comfortline

RM7,000

RM794

Vento Highline

RM3,000

RM904

Golf R-Line

RM2,000

RM1,750

Tiguan Highline

RM2,000

RM1,675

Beetle Sport

RM5,000

RM1,505

Nota: Penjimatan ditawarkan ke atas semua varian model. Pengiraan bayaran bulanan dibuat berdasarkan kepada tempoh pinjaman selama 9 tahun dengan bayaran muka 10% dan kadar faedah 2.5%. Tertakluk kepada terma dan syarat, sehingga stok masih ada.

 

 

Pemilik kenderaan Volkswagen yang berkunjung ke rumah terbuka ini dijemput untuk menempah satu slot pemeriksaan 20 poin secara percuma atau menikmati diskaun sehingga 20 peratus ke atas bateri dan tayar.

 

 

Mereka yang mempunyai baucar penyelenggaraan percuma dan membelanjakan minimum RM388 akan menerima penambahan bendalir penyejuk, pembersih cermin utama dan minyak enjin secara percuma.

 

 

Sementara mereka yang tidak ada baucar pula hanya perlu berbelanja minimum RM488 untuk mendapat tawaran yang sama. Pelanggan VCP layak untuk menerima manfaat sama seperti di atas dengan hanya berbelanja minimum RM288, tertakluk kepada terma dan syarat.

 

 

Semua model Volkswagen hadir dengan penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, serta jaminan dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.

 

 

Maklumat lanjut, sila kunjungi mana-mana pengedar sah Volkswagen atau layari laman web: www.volkswagen.com.my

 

 

 

cars

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…
Berita Domestik
Ditawarkan sehingga 31 Oktober 2023, berikut merupakan senarai harga model dan penjimatan yang…