Sambutan menggalakkan untuk Taycan aras mula, pengedar Porsche di Amerika siap minta versi AWD!

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira sebulan yang lalu Porsche telah pun melancarkan sedan elektrik aras mula Taycan dengan harga yang lebih rendah ($79,000), motor elektrik tunggal menghasilkan 402 hp/344 Nm, serta sistem pacuan roda belakang.

Kebanyakan pengedar di Amerika Syarikat amat gembira dengan pengenalan model Taycan aras mula ini, dan membolehkan Porsche mencapai sasaran jualan sebanyak 10,000 unit untuk tahun ini.

Ini kerana, menurut kebanyakan pengedar, hal ini tidak mampu dicapai tanpa kehadiran model aras mula tersebut.

Namun dalam satu pertemuan di kalangan para pengedar Porsche, terdapat sebilangan pengedar (terutama dari kawasan Snowbelt - rantau berdekatan Great Lakes di Amerika Utara di mana cuaca salji tebal melanda) yang meminta Porsche menyediakan Taycan aras mula yang dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda (AWD).

Menurut Mike Sullivan, wakil pengedar Porsche menjelaskan, "persaingan menuntut (Taycan AWD) dan pengedar amat memerlukannya."

 


Berita baik, Porsche sememangnya merancang untuk memperkenalkan Taycan aras mula yang didatangkan dengan sistem pacuan semua roda, akan tetapi ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun.

Selain daripada itu, pengedar Porsche juga nampaknya mengadu mereka memerlukan lebih banyak stok kenderaan, disebabkan jualan Porsche yang begitu memberangsangkan.

Bayangkan, dalam bulan Disember 2020 sahaja, lebih daripada 1,500 unit kereta sports Porsche 911 telah terjual di negara tersebut.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Berdasarkan dokumen yang diterbitkan oleh Conseil de la Concurrence, jenama automotif Jerman itu…
Berita Global
Ini kerana Porsche baharu sahaja mengumumkan kemaskini perisian pertama untuk kesemua model Taycan…
Berita Global
Ini adalah berikutan beberapa masalah yang terpaksa dihadapi termasuklah peningkatan kes COVID di…