“KKM mencadangkan rentas negeri ditangguhkan. Ia berikutan terdapat varian baharu dalam komuniti dan program imunisasi masih diteruskan,” katanya.
Ditanya sama ada individu yang sudah selesai menerima kedua-dua dos suntikan vaksin COVID-19 akan diberikan pengecualian untuk merentas negeri sempena perayaan tersebut, Dr Adham berkata pihaknya masih menunggu dapatan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).
“Kami masih menunggu lagi beberapa dapatan daripada WHO dan CDC untuk menjelaskan kepada kami sama ada perkara tersebut boleh dibenarkan untuk dikecualikan daripada aktiviti rentas negeri.
“Bagimanapun, bagi mereka yang bertugas sebagai petugas barisan hadapan, aktiviti merentas negeri dibenarkan kerana ia merupakan satu keperluan untu mereka bertugas,” katanya lagi.