Sambutan “50 Jahre M” Sempena Hari Malaysia 2022, 16 September ini

oleh Penyumbang Rencana 2|
Mencerminkan semangat sejati M, BMW Group Malaysia meraikan Hari Malaysia ke-59 dan “50 Jahre M”.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini bagi memperlihatkan penyatuan komuniti pemilik dan peminat BMW M sempena ulang tahun divisyen kenderaan tersebut yang ke-50 dan ia merupakan perhimpunan BMW M terbesar di dalam negara.
 

BMW M


Konvoi kenderaan prestasi BMW M dari pelbagai generasi akan berlangsung di pusat bandar Kuala Lumpur pada Hari Kebangsaan. Pertunjukan tersebut menjadi lambang cinta mereka terhadap kenderaan ini dalam sukan permotoran di Malaysia.

Dibuka kepada umum, perhimpunan ini bakal menampilkan lebih daripada 150 buah kenderaan prestasi BMW M, termasuk pameran model-model BMW M yang tertua di dalam negara. Dalam masa yang sama, persembahan muzik secara santai diadakan dan pelbagai barangan eksklusif yang ada untuk dimenangi.

Butiran acara adalah seperti berikut:
Tarikh:     16 September 2022, Jumaat
Waktu:     10:00 pagi hingga 4:00 petang
Lokasi:     LaLaport Bukit Bintang City Centre, 2, Jalan Hang Tuah, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.

Penulis: IZRA