Sambut tahun baharu dengan bakar kereta

oleh SALINA JALIL|
Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin, melaporkan sebanyak 874 buah kereta dibakar pada acara-acara sambutan tahun baharu di seluruh negara itu, angka tersebut berkurangan berbanding 1,316 kes dicatatkan sebelum pandemik Covid-19, lapor agensi berita United Press International (UPI) semalam
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurut Darmanin, pujian perlu diberikan kepada penguatkuasa undang-undang dan anggota bomba kerana pantas mengawal kebakaran.

 

“Polis melakukan sebanyak 441 tangkapan, yang meningkat berbanding 376 pada 2019 serta menempatkan 381 orang dalam tahanan, juga lebih banyak berbanding 314 pada 2019,” katanya.

 

Sama seperti di beberapa buah negara, sebilangan Perancis membakar kereta ketika sambutan tahun baharu disebabkan beberapa perkara termasuk kumpulan yang menyembunyikan jenayah mereka serta membuat tuntutan insurans palsu.

 

bakar

 

Aktiviti tersebut mula menjadi ‘tradisi’ menyambut tahun baharu di negara itu dalam kalangan remaja sekitar 1990-an di sebuah kawasan kejiranan yang miskin sekitar Strasbourg.

 

Dalam pada itu, di bandar Strasbourg, 31 individu telah ditahan untuk disoal siasat selepas membakar tong sampah dan kenderaan, lapor stesen penyiaran CNN.

 

 

Antaranya termasuk enam remaja bawah umur yang melanggar perintah berkurung manakala selebihnya disoal siasat atas dakwaan membakar, lapor pihak berkuasa. 

 

 

 

 

UnitedPress

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ujian saringan air kencing yang dilaksanakan mendapati lelaki itu positif dadah jenis morfin dan…
Berita Domestik
    Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, tangkapan dibuat selepas…