Sambut hari jadi ketika kuarantin, Ketua Polis Metro Manila didakwa!

oleh Mohamad Hanif|
Ketua Polic Metro Manila, Major General Debold Sinas serta 18 orang anggotanya telah dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan melanggar peraturan kuarantin bagi meraikan sambutan ulang tahun individu tersebut pada 8 Mei, menurut kenyataan daripada Polis Nasional Filipina.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sambutan yang dibuat pada awal pagi itu dikatakan sebagai tradisi yang dilakukan dianggap sebagai salah satu perhimpunan massa, menurut kenyataan daripada PNP lagi, dan ia telah diharamkan kerana Metro Manila masih kekal di bawah perintah berkurung akibat pandemik COVID-19.

Dalam satu kenyataan, Sinas telah memohon maaf atas kejadian tersebut, namun mendakwa beliau tidak menemui apa-apa kesalahan daripada sambutan hari jadi tersebut, menyatakan penjarakan sosial telah diamalkan oleh para tetamu.

Satu foto yang berlegar di dalam laman sosial memaparkan sambutan yang dihadiri oleh kumpulan pegawai polis di dalam pakaian kasual berkumpul di sekeliling meja, memberikan bunga serta menunggu pegawai polis tersebut meniup lilin di atas kek hari jadinya.

Perkhidmatan Hal Ehwal dalam Negeri PNP (PNP-IAS) telah diarahkan untuk menyiasat insiden tersebut, di mana Sinas turut mendakwa sambutan tersebut diadakan secara mengejut dan adalah "tidak wajar" bagi beliau untuk menolaknya.

Menurut wakil daripada PNP, jika sabit kesalahan, ia akan menjerumus kepada penggantungan khidmat serta penyingkiran daripada jawatan tertinggi tersebut.

Namun, Sinas berkemungkinan besar tidak akan disingkirkan daripada tugas buat masa ini melihatkan kepada kesukaran yang bakal dihadapi ditengah-tengah krisis coronavirus.

Sumber: CNN

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia dilengkapi dengan 800 katil dan 60 pegawai kesihatan yang merawat pesakit-pesakit melalui…
Berita Global
  "Ini termasuk pelawat yang memasuki Singapura di bawah Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) dan…
Berita Domestik
Atas dasar itu. Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin menasihatkan mereka yang datang…