Saman tertunggak sejak 1990 cecah RM6.53 billion

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Sejumlah RM6.53 billion saman kesalahan trafik yang masih tertunggak dan belum dijelaskan yang direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara sejak 1990 hingga kini.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, secara keseluruhan pihaknya merekodkan sebanyak 135,915,377 saman berdaftar membabitkan nilai lebih RM20.38 billion.

Menurutnya, untuk tempoh itu sebanyak 67 peratus atau lebih 92,317,493 saman bernilai RM8.56 billion sudah dijelaskan.

"Bagi saman tertunggak pula kita merekodkan sebanyak 33 peratus iaitu 43,597,884 saman membabitkan RM6.53 billion.

"Untuk sepanjang tahun ini sebanyak 4,307,956 saman berdaftar direkodkan membabitkan nilai RM 646,193,400," katanya pada sidang media di Dataran Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, pada Khamis.

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Semakan mendapati kenderaan itu mempunyai 20 saman aktif, semuanya melibatkan kesalahan melebihi…
Berita Domestik
Menurut beliau, maklumat tersebut diperoleh selepas JPJ mengesan van tersebut melalui Ops Tunggak…
Berita Domestik
Sehubungan itu, Anthony Loke menggesa orang ramai yang mempunyai saman tertunggak supaya mengambil…