Saleen Mustang "Barricade" dari filem Transformers untuk dijual

oleh Mohamad Hanif|
Masih ingatkah anda kepada kereta peronda polis Saleen S281 Extreme Ford Mustang yang menjadi membintangi 'Barricade' di dalam filem pertama Transformers?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berita baik, salah satu daripada tiga unit kereta polis yang dibina untuk tujuan promosi filem tahun 2007 tersebut bakal dibida bermula 3 sehingga 7 Jun ini menerusi Mecum Auctions.

 


Dari segi luaran, ia menampilkan liveri klasik polis hitam dan putih yang turut memaparkan tulisan skrip "To Punish and Enslave.." pada arca roda belakang.

Ia juga turut dilengkapi dengan bar lampu kecemasan di bahagian bumbung, serta besi pelindung bampar di bahagian hadapan.

 


Memandangkan Barricade merupakan watak robot berteknologi tinggi, maka ia tiada sebarang kelengkapan komunikasi tipikal polis.

Dari segi kuasa, "Barricade" palsu ini dikuasakan oleh nadi bentangan V8 4.6 liter yang mampu membenarkan pecutan bawah lima saat dari 0-96 km/j dan pecutan suku batu dalam masa 12 saat, serta kelajuan maksimum di antara 241-257 km/j.

 


Dengan jarak perbatuan hanya sekitar 7,552 kilometer, Mecum Auctions meminta harga pengeras untuk anda memiliki Barricade bermula dari $130,000 (RM567,129).

 

Sumber: Mecum Auctions

Berita Berkenaan

Berita Global
Lebih menarik perhatian apabila keempat-empat kereta ini dikatakan pernah digunakan di dalam…
Berita Global
Bukan sahaja ia akan menampilkan Optimus Prime dengan rekaan daripada siri G1, akan tetapi ia juga…
Berita Global
Namun, di dalam filem prekuel Transformers Bumblebee yang ditayangkan pada tahun 2018, watak robot…