Saleem kemalangan motosikal kini di hospital

oleh SALINA JALIL|
Menerusi portal Sinar Online, penyanyi terkenal lagu Suci Dalam Debu, Saleem terlibat dalam kemalangan jalan raya semalam selepas motosikal yang ditunggang dilanggar sebuah kereta dari arah belakang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurut isterinya, Julia Bachok ketika dihubungi mStar Online, kejadian berlaku  berdekatan rumah mereka di Bandar Mahkota Cheras, ketika vokalis kumpulan Iklim itu keluar membeli barang.


Menurut Julia lagi beliau tidak berada di rumah kerana sedang membeli baju untuk dipakai Saleem pada majlis bertemu peminat pada sebelah malam di Shah Alam. Julia turut berkata bahawa Saleem ada memaklumkan bahawa beliau akan keluar sebentar beli barang, namun tidak sangka pula akan kemalangan. Beliau telah bergegas ke hospital Kajang selepas menerima berita tersebut.

 

Laporan tentang kemalangan Saleem telah berlegar di laman sosial. Menerusi status yang tersebar itu, Saleem dikatakan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kajang selain berada dalam keadaan koma.

 

Maklumat tersebar itu mendakwa impak kemalangan berkenaan menyebabkan tulang rusuk penyanyi tersusuk ke bahagian paru-parunya.

 

Apabila ditanya tentang keadaan sebenar Saleem, Julia berkata, suaminya berada dalam keadaan stabil namun dia enggan mengulas lanjut mengenainya.

 

Bagaimanapun kata Julia, pihaknya sedang dalam proses memindahkan Saleem ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

 

Sama-sama kita doakan beliau pulih dan sihat kembali. 

 

*gambar dari laman instagram