SalamWeb - pelayar internet patuh syariah dilancarkan

oleh Mohamad Hanif|
SalamWeb Technologies MY Sdn Bhd, sebuah pengendali perkhidmatan Internet Islamik hari ini melancarkan ekosistem web patuh syariah SalamWeb dalam usaha untuk memberikan pengalaman pelayaran Internet yang lebih selamat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dibangunkan menggunakan Chromium, SalamWeb terdiri daripada beberapa perkhidmatan internet seperti pelayar SalamWeb Browser, SalamNews, SalamChat dan juga SalamSadaqah.

Berucap ketika majlis perasmian, Puan Hajjah Hasni Zarina, Pengarah Urusan SalamWeb Technologies berkata, "misi kami adalah untuk membentuk Ummah digital, selain mempromosikan gaya hidup Muslim moden kepada semua."

 


Turut hadir pada acara perasmian tersebut ialah Sheikh Mohamed Ali Elgari, tokoh Muslim terkemuka; Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Amanie Group dan Norhizam bin Abdul Kadir, Naib Presiden Growth Ecosystem MDEC.

Dilancarkan di Malaysia, produk SalamWeb kini boleh dimuat turun secara percuma menerusi laman web https://salamweb.com/.