Salah jalan, pemandu wanita jatuh gaung 120 meter

oleh HEZERI SAMSURI|
Kadang-kadang, kita cuma geleng kepala tentang kejadian yang berlaku kerana walaupun nampak seperti mudah, jalanraya adalah masih salah satu tempat paling bahaya di dunia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kejadian minggu lalu di San Miguel, US membuktikan pemandu sepatutunya lebih berhati-hati ketika mengemudikan kenderaan masing-masing.

Seorang pemandu wanita bersama rakannya sedang memandu sebuah Ford Bronco baharu mendaki satu jalan sehala sempit menaiki lereng gunung bila menyedari mereka sebenarnya memandu melawan arus.

 

Siasatan selepas itu mendapati mereka tidak “perasan” ppan tanda yang menunjukan jalan sehala itu.

Rakan pemandu itu turun dari kenderaan dan membantu memberi arahan untuk pemandu mengundurkan Ford Bronco itu. Malangnya, SUV itu diundurkan terlalu banyak sehingga ia melepasi tebing dan jatuh berguling ke gaung sedalam 122 meter.

Pemandu itu mengalami kecederaan tetapi Ford Bronco itu musnah. Mereka juga bernasib baik tidak melanggar kenderaan lain atau pendaki gunung ketika berguling jatuh ke bawah.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mangsa dilanggar oleh pemandu lelaki kenderaan pacuan empat roda berusia 59 tahun  yang berasal…
Gaya Hidup
  Ramai para suami yang memang tidak akan ke mana-mana sekiranya si isteri tidak mahu menurut.…