Salah guna nama - Gemballa saman anak pengasas Gemballa

oleh Mohamad Hanif|
Gemballa merupakan sebuah syarikat penala yang berpengkalan di Leonberg, Stuttgart dan memiliki kepakaran dalam menala kenderan-kenderaan seperti Porsche 997, Porsche Cayenne, Porsche 911, serta McLaren MP4-12C.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nama Gemballa diperoleh daripada nama asal pengasasnya, Uwe Gemballa sebelum hak milik ke atas syarikat ini ditukarkan selepas kematian mengejut Uwe pada tahun 2010. 

Namun begitu, Gemballa Automobiltechnik GmbH masih lagi mengekalkan tradisi syarikat yang dibawakan oleh Uwe Gemballa di bawah pentadbiran baharu.
 


Akan tetapi, baru-baru ini Gemballa GmbH telah memfailkan pertuduhan jenayah terhadap anak pengasas, Marc Philipp Gemballa atas kesalahan salah guna cap dagang dan penipuan tanpa persetujuan daripada Gemballa GmbH. 

Ini berikutan Marc Philipp Gemballa telah menubuhkan sebuah lagi syarikat baharu dinamakan sebagai MP Gemballa GmbH dan mendakwa dirinya sebagai pewaris sah kepada hasil kerja bapanya. 
 


Syarikat MP Gemballa telah pun memperlihatkan sebuah model talaan yang menggunakan asas Porsche 911 generasi 992 dengan bertemakan model lagenda Porsche 959 pada bulan lalu. 

Difahamkan, binaan ini akan menggunakan badan daripada gentian karbon sepenuhnya dan akan dihadkan produksi kepada 40 unit sahaja di seluruh dunia.