Salah cetak brosur Mach 1, Ford Australia didenda RM160k

oleh Mohamad Hanif|
Akibat salah cetak info pada brosur produk Ford Mustang Mach 1, Ford terpaksa membayar harga yang cukup mahal sebagai pampasan kepada para pembeli model tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tidak cukup dengan itu, Ford Australia telah didenda sebanyak AU$53,000 (RM159,595) oleh Australian Competition & Consumer Commission kerana didakwa mengelirukan pelanggan.

Mimpi ngeri Ford Australia bermula antara Oktober 2020 hingga April 2021 apabila mereka didapati mencetak kelengkapan yang tidak wujud pada model Mustang Mach 1, seperti penderia parkir belakang, lampu kabus LED, alas lantai, sistem pencahayaan ambien pada poket pintu dan LSD Torsen.
 

Mac 1


Disebabkan itu, Ford terpaksa membelanjakan sejumlah AU$4.5 juta (RM13.6 juta) sebagai pampasan kepada para pembeli Mustang Mach 1 yang merangkumi:

  • pelanggan mengembalikan semula kereta dan mendapat pulangan wang penuh, ATAU
  • menerima wang pampasan sebanyak $5,400 (RM16,261) termasuk pakej servis percuma tiga tahun, peluang menyertai acara hari litar, yuran kemasukan percuma, serta peluang menaiki jentera lumba Ford.

 

Mustang Mach 1


Penawaran di atas hanya sah kepada pelanggaan yang membeli Mustang Mach 1 sebelum 17 Ogos, manakala yang sudah membeli selepas tarikh tersebut hanya dibenarkan untuk menerima pampasan $5,400 serta pakej yang disebutkan tadi.

Menurut pengerusi ACCC Rod Sims, "karakteristik prestasi Mustang Mach 1 merupakan salah satu poin jualan penting, jadi penambahan ciri yang tidak wujud ini mampu mengelirukan pelanggan untuk membeli model ini, jika tidak mereka mungkin memilih untuk mendapatkan kereta lain.

Sumber: Drive AU

Berita Berkenaan

Berita Global
Serentak dengan itu, Ford juga turut mengumumkan RMA Automotive sebagai syarikat sah yang akan…
Berita Global
Sebahagian daripada penawaran aksesori rasmi itu kini boleh dilihat menerusi laman web Ford…
Berita Global
Ini kerana, berdasarkan laporan terdahulu Ford Mustang Mach 1 spesifikasi Australia diiklankan…