Saintis US mungkin temui cara mencari MH370 melalui teritip

oleh Danial Yasin Suhaimi|
8 Mac 2014, tercatatnya detik hitam buat seluruh rakyat Malaysia terutamanya ahli keluarga terlibat apabila penerbangan Malaysia Airlines MH370 dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelbagai spekulasi yang timbul semenjak kehilangannya selama 9 tahun lepas, walaupun pelbagai usaha pencarian telah dilakukan bersama beberapa serpihan ditemui, namun nasib sebenar 239 penumpang dan anak kapal masih tiada noktahnya.

Bagaimanapun, masih terdapat usaha dari beberapa pihak yang masih tidak berputus asa untuk mencari kebenaran disebalik kehilangan tersebut.

Menurut kajian terbaharu dari saintis US, satu cara baharu telah dicadangkan bagi membolehkan usaha mengesan lokasi pesawat tersebut, iaitu melalui teritip.

Setahun selepas kemalangan itu, ahli geosains Universiti South Florida, Gregory Herbert melihat foto serpihan yang dihanyutkan ke darat di Pulau Réunion di luar pantai Afrika. Di mana dia telah melihat teritip di atas serpihan tersebut.

Dalam satu kenyataan, Herbert berkata, "Serpihan itu ditutup dengan teritip, dan sebaik sahaja saya melihatnya, saya segera menghantar e-mel kepada penyiasat carian kerana saya tahu geokimia cengkerang mereka boleh memberikan petunjuk kepada lokasi nahas.”

Flaperon yang merupakan sebahagian daripada sayap, disahkan mempunyai sejumlah teritip jenis Lepas anatifera yang melekat padanya.

 

2

 

Menguatkan kajian Herbert, cengkerang teritip tumbuh setiap hari, dengan setiap lapisan dipengaruhi oleh suhu air yang terdapat di dalamnya.

Hasilnya adalah seperti bagaimana cincin dalam pokok boleh memberitahu umur pokok dan keadaan cuaca, atau bagaimana melihat batu karang purba boleh memberitahu kita Bumi persah memiliki 420 hari setahun pada 444 hingga 419 juta tahun lalu.

Dengan melihat rekod suhu air yang terkandung dengan teritip dan membandingkannya dengan pemodelan oseanografi,  ia mungkin dapat menjejaki laluan teritip, sekaligus menjejak lokasi asal teritip pada flaperon dan lokasi asal serpihan tersebut.

Pasukan itu telah menjalankan simulasi pengesanan zarah, di mana 50,000 zarah dilepaskan di Lautan Hindi di timur Pulau Réunion dari potensi titik hanyut.

Kajian menunjukkan bahawa membina semula laluan serpihan boleh dilakukan, dengan ketara mengecilkan tempat untuk pencarian.

Walau bagaimanapun, pasukan itu perlu memperhalusi kaedah mereka, dan mendapatkan akses kepada teritip yang lebih tua.

Menurut Herbert lagi, ”Malangnya, mereka belum lagi bersedia untuk penyelidikan itu, tetapi dengan kajian ini, kami telah membuktikan kaedah ini boleh digunakan pada teritip yang menjajah serpihan sejurus selepas kemalangan untuk membina semula laluan hanyut yang lengkap kembali ke lokasi asal kemalangan.”

 

Artikel asal: IFLScience

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Untuk ke arah itu (misi pencarian pesawat MH370), kerajaan perlu membuat beberapa langkah…
Informasi
“Maksudnya, mereka tak dapat jumpa pesawat itu, tidak ada bayaran diberikan. “Namun begitu, ada…
Informasi
“Sebagai menteri yang mewakili kerajaan Malaysia berada di sini hari ini, ia bukan sekadar…