Sains di sebalik plastik fender flare yang tidak bercat pada Subaru WRX 2022

oleh Mohamad Hanif|
Ketika generasi baharu Subaru WRX 2022 menerjah pasaran dunia pada bulan September yang lalu, kelibatnya banyak menimbulkan persoalan di kalangan umum.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kenapa sedan ini mempunyai elemen crossover? Kenapa fender flare Subaru WRX ini tidak dicat mengikut warna badan? Kenapa Perodua lancarkan Bezza baharu? (Ok ini tipu) Dan bermacam-macam lagi persoalan yang muncul di alam maya oleh para pembaca.
 

WRX


Ternyata, Subaru telah menjangkakan semua persoalan tersebut, dan jawapannya diberikan sendiri oleh pengurus produk Subaru, Michael Redic kepada portal Road & Track ketika pelancaran WRX 2022 di California, baru-baru ini.

Menurut Michael, permukaan plastik fender flare itu bukanlah sekadar kosong, akan tetapi mereka sengaja meletakkan bentuk-bentuk heksagon seperti rekaan permukaan bola golf.

Tambah beliau, rekaan tersebut memang berfungsi bagi membantu meningkatkan aliran udara yang lebih baik.
 

WRX
tengok dengan lebih dekat, anda akan dapat lihat tekstur heksagon pada fender flare ini


Perbezaan antara permukaan bertekstur heksagon dan permukaan yang bercat sebenarnya telah pun diuji sendiri keberkesanannya di dalam ujian terowong angin, di mana plastik yang tidak disaluti cat itu jauh lebih baik dalam mengekalkan aliran udara yang lebih lancar.

"Dengan hanya menukarkan permukaan yang bercat kepada permukaan bertekstur, ia sudah banyak menyumbang kepada penambahbaikan yang besar kepada aerodinamik kenderaan.

Tambahnya lagi, "permukaan yang licin bercat itu mengakibatkan aliran udara mula 'berpecah' di bahagian belakang kereta, dan anda akan mempunyai lebih banyak pergolakan udara ke arah belakang.

Pendekatan yang sama turut digunakan pada beberapa bahagian seperti contoh skirt sisi.
 

WRX


Selain daripada itu, Subaru WRX juga turut mempunyai liang fender sisi hadapan yang membantu untuk mengeluarkan udara yang terperangkap di dalam ruang roda.

Ciri ini bukan sahaja mengurangkan tekanan yang terkumpul, malah ia mampu mengurangkan kesan pergolakan dan menjadikan pemanduan yang lebih lancar.

Sumber: Road & Track

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berpunca daripada informasi dan maklumat tidak tepat yang didapati pada buku manual (siapa baca…
Berita Global
Subaru baru-baru ini mengumumkan kehadiran model baharu untuk pasaran Australia, iaitu Subaru WRX…
Model Terbaharu
Dibangunkan atas platform Subaru Global, generasi baharu Subaru WRX 2022 ini membawakan beberapa…