Sains di sebalik 'kereta terbang' lewat era 90-an

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Tentu anda pernah menonton atau menyaksikan insiden yang melibatkan sebuah kereta lumba cuba untuk terbang di perlumbaan 24 Jam Le Mans 1999.

Pada ketika itu, Peter Dumbreck memandu jentera Mercedes-Benz CLR yang kemudiannya 'terbang' pada kelajuan mencecah 300 km/j, berpusing beberapa kali sebelum mendarat di kawasan berpokok.

Insiden yang sama turut dialami oleh rakan sepasukannya Mark Webber di tempat kejadian yang sama ketika sedang menjalani pusingan kelayakan. 

Cubaan CLR untuk terbang kemudian diteruskan dengan sebuah Porsche 911 GT1 yang dipandu oleh Yannick Dalmas, dan dua tahun kemudian oleh BMW V12 LMR yang dikendalikan oleh Bill Auberlin. 
 


Hal ini sebenarnya amat berkait rapat dengan soal reka bentuk ketika era lewat 1990-an di mana kelajuan tertinggi merupakan tujuan utama, jadi para pengeluar tidak begitu menghiraukan soal rekaan aerodinamik pada jentera lumba mereka. 

Kebiasaanya, jentera lumba akan menggunakan sudut pitch (putaran pada paksi melintang kenderaan) negatif di mana bahagian hadapan kereta akan duduk lebih rendah, dan mencipta ruang hadapan yang lebih luas untuk meningkatkan daya turun (downforce). 

Ini amat membantu meningkatkan kelajuan, terutama ketika sedang melayan selekoh. 
 


Jentera Porsche, Mercedes dan BMW yang direka berdasarkan litar Le Mans mempunyai sudut pitch yang lebih neutral bagi mencapai kelajuan yang lebih tinggi pada jalan lurus.

Ia mendatangkan masalah ketika jentera mendaki sudut jalan yang lebih tinggi di mana sudut pitch yang disebutkan tadi menjadi positif dan mampu menyebabkan daya angkat (lift force). 

Di dalam kes Mercedes-Benz CLR tadi, apabila sudut pitch mencapai 2.4o, segala daya turun yang dikenakan terhadap belakang kenderaan mula menghilang dan menyebabkan ia cenderung untuk terbang. 
 


Berikutan insiden kemalangan tersebut, udang-undang FIA kemudian menetapkan bahawa setiap jentera perlu mempunyai liang udara pada fender hadapan bagi mengurangkan tekanan udara yang terbina pada gandar hadapan, selain jarak overhang hadapan kereta yang turut dipendekkan. 

Semenjak daripada itu, Mercedes-Benz terus menarik dua lagi jentera mereka daripada perlumbaan dan tidak kembali lagi ke perlumbaan Le Mans. 

Bagi mereka yang menganggap insiden ini mempunyai sebarang unsur mistik atau Mastika, anda perlu berterima kasih kepada sains untuk penjelasan kali ini. 
 


Kredit kepada Mike Fernie daripada laman DriveTribe atas penerangan disebalik insiden kemalangan yang ikonik ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu, syarikat AVL memperlihatkan konsep enjin hidrogen 2.0 liter turbo yang lahir daripada…
Berita Global
Kereta lumba Lotus tersebut kini sedia untuk diedarkan, namun dengan beberapa naiktaraf spesifikasi…
Berita Global
Baru-baru ini, Honda telah menyiarkan video menunjukkan sebuah jentera lumba yang sedang dibina…