Saingan sengit - Yamaha tarik diri dari industri automotif

oleh Mohamad Hanif|
Selama dua acara Tokyo Motor Show berturut-turut (2015 dan 2017), Yamaha cuba membawakan konsep sekiranya mereka menceburi kembali ke dalam industri automotif empat roda.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Model yang dimaksudkan dimulakan dengan Sports Ride (gambar utama) pada tahun 2015, di mana Yamaha memperlihatkan sebuah coupe bersaiz Mazda MX-5 dengan teknologi penghasilan yang dipinjamkan daripada Formula One. 

Manakala model kedua pula hadir dua tahun berikutnya, Cross Hub (gambar bawah), iaitu sebuah trak pikap kompak yang direka supaya mampu memuatkan dua buah motosikal pada ruang belakang. 

Namun, pada acara Tokyo Motor Show 2019, Yamaha nampaknya sudah mula mengibarkan bendera putih daripada terus menceburi bidang yang bukan menjadi keutamaan perniagaan mereka. 

 


Menurut wakil yamaha, Naoto Horie memberitahu Autocar, keputusan ini dibuat oleh presiden Yamaha itu sendiri melihatkan kepada masa hadapan serta cabaran yang begitu kuat untuk terus kekal di dalam industri penghasilan kereta sports.

"Kereta sports secara amnya mempunyai tempat tersendiri kepada kami sebagai peminat, namun dalam pasaran sebenar ia adalah mustahil," ujar beliau. 

Ketika ini, Yamaha lebih memfokuskan kepada kepakaran di dalam bidang motosikal, penghasilkan instrumen muzik, dan tidak ketinggalan jet ski. 

 


Sebagaimana yang kita tahu, Yamaha juga sebenarnya memiliki kepakaran tersendiri di dalam dunia automotif empat roda, dan dibuktikan apabila kehadiran model-model terkenal seperti Toyota 2000GT, Toyota AE86 dan Lexus LFA sebenarnya menerima talaan secara terus daripada Yamaha!

Malah, Volvo dan juga Ford turut sama merasai sendiri kehebatan Yamaha apabila kedua-dua syarikat tersebut menggunapakai nadi enjin yang dibangunkan oleh Yamaha. 

Baca: Senarai enjin talaan Yamaha

Sumber: Autoblog 

Berita Berkenaan

Berita Global
Reka bentuk PAS Wagon dibuat mesra pengguna melalui rangka bentuk U yang rendah dan mudah untuk…
Berita Domestik
Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau…
Berita Global
Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic   Model 2024 tampil dengan warna baharu…