Saietta perlihat rekaan motor elektrik dalam roda sepenuhnya

oleh Mohamad Hanif|
Trenkuasa elektrik kini nyata lebih ringkas di mana susun aturnya lebih menjimatkan ruang jika dibandingkan dengan trenkuasa konvensional.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, Saietta Group, syarikat pengeluar motor elektrik berpengkalan di UK baru-baru ini memperlihatkan teknologi motor elektrik dalam roda sepenuhnya, AFT 140 yang digandingkan dengan senibina platform papan selaju.

Tidak seperti motor elektrik masa kini yang menggunakan rekaan jenis radial flux, motor elektrik Saietta menggunakan rekaan axial flux di mana struktur motor itu sendiri jauh lebih lebar dan rata.

Struktur seakan sekeping pancake itu boleh dimuatkan ke dalam roda dengan lebih mudah.

 


Malah, trenkuasa ini boleh bertindak sebagai dua komponen yang berbeza pada satu-satu masa, iaitu unit penggerak dan juga brek tanpa memerlukan komponen yang biasa digunakan pada kereta-kereta kovensional.

Menurut Saietta, dengan meletakkan unit trenkuasa ke dalam roda sepenuhnya, ia akan memaksimumkan ruang yang ditawarkan oleh casis yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan pengangkutan barang, penumpang, atau mengumpulkan barang-barang terpakai.

Selain daripada itu, motor elektrik Saietta ini direka untuk beroperasi pada julat voltan yang lebih rendah, menjadikan ia sesuai untuk digunakan di kawasan urban seperti contoh pod autonomi, perkhidmatan seru pandu, atau untuk tujuan penghantaran barangan.

 


Walaubagaimanapun, Saietta tidak berminat untuk menghasilkan kenderaan elektrik akan tetapi akan menjual teknologi ini kepada pihak yang berminat untuk digunakan dalam kenderaan elektrik mereka.