Saham AirAsia di Bursa Malaysia digantung 9.00 pagi ini

oleh Mohamad Hanif|
Dagangan saham AirAsia Group Bhd di Pasaran Utama Bursa Malaysia digantung bermula 9.00 pagi ini dan hanya akan disambung semula pada 2.30 petang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Harga saham AirAsia ditutup pada 85.5 sen pada Selasa.

Oleh itu, dagangan dalam waran berstruktur AirAsia turut digantung pada masa sama, demikian diumumkan Bursa Malaysia hari ini.

“Dimaklumkan bahawa dagangan dalam sekuriti AirAsia akan terus digantung sementara menunggu maklumat tambahan daripada syarikat itu,” menurut bursa tersebut.

Sementara itu, Lembaga Pengarah AirAsia dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata syarikat telah mencetuskan kriteria yang tertakluk kepada Perenggan 8.04 dan Perenggan 2.1(e) Nota Amalan 17 (PN17) daripada keperluan penyenaraian utama (Main LR).

Bagaimanapun, Airasia berkata ia tidak akan diklasifikasikan sebagai penerbit tersenarai PN17 dan tidak akan diminta untuk mematuhi tanggungjawab Main LR untuk tempoh 12 bulan dari tarikh pengumuman ini.

Ia akan menilai semula keadaannya dan mengumumkan sama ada ia terus mencetuskan mana-mana kriteria dalam PN17 daripada Main LR selepas tamat tempoh 12 bulan dari tarikh pengumuman ini, menurut AirAsia.

Pandemik COVID-19 telah menjejaskan prestasi kewangan AirAsia Group Bhd, menyebabkan kumpulan syarikat penerbangan itu mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM803.85 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2020, berbanding keuntungan bersih sebanyak RM96.09 juta pada suku tahun sama tahun lepas.

Sumber: BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Oleh itu, UMW telah menjadi anak syarikat tidak langsung Sime Darby," kata syarikat itu dalam…
Berita Global
Kesemua hasil jualan itu dikatakan adalah untuk membantu perkembangan perniagaan di dalam kumpulan…
Berita Global
Dengan pelaburan tersebut, kumpulan automotif Geely kini menjadi pemegang saham ketiga terbesar…