SAH: Volkswagen Passat sedan berkubur di Eropah, generasi baharu muncul versi wagon sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Di Jepun, sedan segmen D Honda Accord dan Toyota Camry masing-masing sudah pun dihentikan penjualannya akibat permintaan yang semakin menurun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sementara di Eropah pula, sebuah lagi sedan segmen D turut menerima nasib yang serupa di mana Volkswagen dilapor akan menghentikan penjualan model Passat.

Ini bermakna, generasi baharu Passat yang bakal muncul pada tahun ini hanya akan ditawarkan dalam versi wagon sahaja.
 

arteon


Bercakap kepada Automotive News Europe, bos Volkswagen Thomas Schafer berkata, keputusan telah dibuat untuk menghentikan sedan tersebut walaupun ia merupakan sedan paling laris terjual di dalam segmennya di Eropah pada tahun lepas.

Biarpun Passat tidak lagi muncul dalam versi sedan, Volkswagen masih lagi menawarkan sedan fastback Arteon yang lebih sporti.
 

wagon


Ujarnya lagi, Passat generasi baharu akan dibangunkan oleh Skoda tanpa menjelaskan butiran di sebalik kenyataan tesebut.

Sumber: Automotive News Europe

Berita Berkenaan

Berita Global
  Ukuran panjang bertambah 14 sentimeter dan 5 sentimeter pada ruang kaki. Ruang bagasi belakang…
Berita Global
Sebab di sebalik langkah tersebut disumbangkan oleh angka jualan Passat estate yang jauh lebih…
Kereta
JRD, Nitro, Chery, SYM, Oppo dan Haval adalah antara contoh terbaik. Cuma Geely sahaja yang…