SAH: UMW Toyota bakal lancar model baharu Corolla Cross 25 Mac ini

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa kali berita berkenaan Corolla Cross timbul, akhirnya UMW Toyota menerusi hantaran di Facebook mengesahkan pelancaran rasmi model crossover terbaharu itu pada 25 Mac 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Toyota Corolla Cross dibangunkan atas platform TNGA-C, pelantar yang sama digunakan bagi model-model seperti Toyota Corolla, Toyota C-HR, dan juga Toyota Prius.

Namun dari segi dimensi antara tiga beradik crossover ada di Malaysia, Toyota Corolla Cross duduk di tengah-tengah antara Toyota C-HR (yang telah dihentikan penawarannya) serta Toyota RAV-V yang lahir dari platform berbeza (TNGA-K).

Tunggu sahaja pengumuman rasmi daripada UMW Toyota, atau bagi mereka yang mahu membuat penyelidikan awal, spesifikasi penuh Toyota Corolla Cross boleh dibaca pada pautan di bawah.

Baca: Toyota Corolla Cross dilancarkan di Thailand

 

Sumber: FB UMW Toyota

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terdapat beberapa buah model khas yang dipamerkan pada acara Beyond Zero, seperti berikut:  …
Telah Diuji
Ia tampil dengan pakej yang serba lengkap - rupa paras yang sporti, tiga pintu (kedekut penumpang…
Pelancaran
Dari segi kuasa, Toyota Vios 2023 dijana dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter (2NR-VE)…