Sah! Toyota dan Subaru bangunkan pengganti 86 dan BRZ, Akio Toyoda kagum teknologi AWD Subaru

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Motor Corporation (Toyota) dan Subaru Corporation (Subaru) telah mempunyai perjanjian kerjasama perniagaan sejak 2005 lagi. Perjanjian tersebut merangkumi kontrak pengeluaran kenderaan Toyota oleh Subaru dan pembekalan kenderaan Toyota kepada Subaru.

Kemuncak kerjasama tersebut ialah pembangunan bersama model pacuan belakang Toyota 86 dan Subaru BRZ.

Terbaru Toyota dan Subaru telah bersetuju untuk menjalinkan perniagaan dan ikatan modal baharu dalam membangunkan dan meningkatkan lagi kerjasama yang telah lama terjalin.

Perjanjian tersebut melibatkan pembelian saham di antara satu sama lain dengan Toyota meningkatkan pegangan daripada 16.83 peratus kepada 20 peratus.

Subaru pula buat kali pertama akan membeli saham Toyota dengan nilai sama iaitu sekitar JPY80 bilion.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota 86

 

Toyota sekarang ini sedang giat mengikat kerjasama dengan pengeluar Jepun lain. Pada bulan lalu Toyota baru sahaja membuat perjanjian dengan Suzuki dengan kedua-dua syarikat memiliki saham di antara satu sama lain.

Di Amerika Syarikat Toyota membuat usahasama dengan Mazda bagi membina kilang baharu.

Sebelum mengumumkan perjanjian baharu dengan Subaru, kedua-dua syarikat ini pada Jun lalu bersetuju untuk menjalin kerjasama bagi membangunkan platform khusus untuk kereta elektrik bateri (BEV) dan model BEV baharu.

Kedua-dua model itu akan menggunakan teknologi AWD Subaru dan elektrifikasi Toyota.

Dengan perjanjian baharu perikatan Toyota dan Subaru dengan menggunakan kekuatan masing-masing akan membangunkan secara bersama model pacuan AWD yang menawarkan sensasi pemanduan semua roda.

A BEV-dedicated platform Toyota and Subaru will jointly develop

 

Toyota dan Subaru turut memaklumkan selepas diaplikasikan pada Subaru Crosstrek, Sistem Hibrid Toyota akan digunakan pada model-model Subaru lain.

Satu berita yang mengujakan apabila Toyota dan Subaru turut mengumumkan pembangunan bersama model baharu Toyota 86 dan Subaru BRZ.

Banyak spekulasi yang timbul mengenai model ini dan kesinambungannya maka dengan pengesahan dari Toyota dan Subaru sendiri para peminat boleh bergembira. 

Toyota 86 dan Subaru BRZ bukan model dengan jualan tinggi dan keberanian kedua-dua syarikat dalam mengambil risiko dan membuat pelaburan dalam pasaran yang tidak menentu adalah sesuatu yang harus dipuji. 

 

2018-Subaru-BRZ-tS-Rear

 

Mengulas mengenai perjanjian baharu ini, Akio Toyoda, Presiden Toyota di antara lain memuji teknologi AWD Subaru.

"Saya sendiri adalah seorang pemandu rali dan melalui pengalaman saya berlatih keras dengan Impreza, saya dapat merasai dengan ketara kehebatan teknologi AWD Subaru.

"Pada masa yang sama kami di Toyota berusaha berhabisan dalam menyempurnakan teknologi AWD di antaranya melalui penyertaan di dalam Kejohanan Rali Dunia."

Sebagai sebuah syarikat automobil di antara yang terbesar di dunia, Toyota bertuah mempunyai mempunyai seorang ketua yang tahu apa dibuatnya.

Penulis: Muhammad Md Tajudin 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…