Sah! Proton Perdana VK 5231 tersadai di UK milik Tun Dr. Mahathir

oleh Mohamad Hanif|
Kecoh seketika media sosial apabila sebuah video yang diterbitkan menerusi laman YouTube Lost Adventures memaparkan kelibat sebuah Proton Perdana bernombor pendaftaran VK 5231 yang tersadai di sebuah fasiliti bawah tanah di United Kingdom.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Free Malaysia Today, pembantu kepada Tun Dr. Mahathir mengesahkan bahawa Proton Perdana tersebut sebenarnya adalah milik bekas Perdana Menteri Malaysia itu.

Dalam satu hantaran di Facebook, beliau menjelaskan bahawa Tun Dr. Mahathir telah menghantar sendiri kereta tersebut untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di bawah Frazer-Nash Research Ltd, syarikat yang bertanggungjawab membangunkan komponen untuk kereta elektrik.

Beliau berkata, Mahathir sebenarnya sedang melihat kemungkinan untuk membangunkan sebuah kereta nasional dengan trenkuasa hibrid.

Bangunan atau fasiliti yang ditinggalkan itu sebenarnya merupakan bangunan Bristol Cars yang dimiliki oleh Kamal Siddiqi, seorang ahli perniagaan British dari Pakistan.

"Ia bermula pada akhir tahun 2016, di mana Mahathir terbang ke UK dan berbincang untuk menukarkan sebuah kereta normal kepada sebuah kereta hibrid menerusi syarikat R&D milik Kamal yang berpengkalan di UK.

"Jika program R&D ini berjaya, Proton sudah pun mempunyai model hibrid yang tersendiri pada waktu itu, dan mampu bersaing dengan jenama-jenama automotif dunia yang sudah pun mempunyai model hibrid.

 

Sumber: Free Malaysia Today

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan kos sewa bulanan bagi Toyota…
Informasi
Pengeluar kereta nasional itu berkata, servis baik pulih itu adalah sebahagian daripada inisiatif…
Berita Global
Di peringkat global, Geely juga mahu menunjukkan taringnya yang tersendiri, dan beberapa hari yang…