SAH: Porsche Cayenne 2022 model CKD pertama Kulim, harga dari RM550k

oleh Mohamad Hanif|
Pengedar rasmi kenderaan Porsche di Malaysia, Sime Darby Auto Performance mengesahkan Cayenne merupakan model pertama yang dipilih untuk pemasangan secara CKD di Kulim.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ia bukan sahaja model CKD yang pertama, malah SDAP turut menawarkan kelengkapan aksesori yang standard dikhususkan untuk pasaran Malaysia, merangkumi ciri berikut:

  • lampu LED dengan Porsche Dynamic Light System (PDLS)
  • lampu LED belakang
  • pilihan tiga warna metalik dengan aksen hitam berkilat
  • rim RS Spyder 21 inci
  • sistem bunyi BOSE Surround Sound System
  • dua pilihan warna upholsteri
  • sistem kawalan iklim empat zon
  • tempat duduk boleh laras 14 cara dengan fungsi memori
  • tirai suria elektrik untuk tingkap belakang.

 

DKC


Porsche Cayenne 2022 juga turut didatangkan dengan ciri seperti Comfort Access, Porsche Communication Management System dengan skrin HD penuh 12 inci, Park Assist, sistem pandangan keliling, serta sokongan Apple CarPlay.

Tidak cukup dengan itu, SDAP juga kini menawarkan pakej penyesuaian Porsche Exclusive Manufaktur yang merangkumi naiktaraf kosmetik SportDesign Package, tinta gelap pada lampu depan dan belakang, rim 22 inci, serta sistem ekzos sport dengan tip sporti yang unik.
 

CKD


Untuk ruang kabin, pakej dalaman Carbon boleh ditambah mengikut permintaan.

Untuk pasaran Malaysia, Porsche Cayenne didatangkan dengan nadi 3.0 liter bentangan V6 turbo berkembar yang mampu menghasilkan 340 PS dan 450 Nm.

Harga jualan untuk Porsche Cayenne CKD ini bermula dari RM550,000, dan bakal pemilik dialu-alukan untuk memperibadikan sendiri spesifikasi SUV kegemaran mereka menerusi laman web mycayenne.online (https://porscheonlinesales.com/POR/MY/configurator)
 

CKD


Menerusi laman web khas ini, mereka bukan sahaja boleh memilih pakej Porsche Exclusive Manufaktur Package, malah boleh juga menyemak aksesori Porsche Tequipment, dan menempah rekaan khas jam tangan Porsche Design!

Penghantaran pertama Cayenne 2022 CKD ini dijangka bermula Mac 2022.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…