SAH: Kimi Raikkonen undur dari F1 akhir musim ini

oleh Mohamad Hanif|
Salah seorang daripada lagenda F1, Kimi Raikkonen mengumumkan pengunduran dari sukan berprestij tersebut pada akhir musim ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pelumba pasukan Alfa Romeo itu sebelum ini membuat kemunculan di GP Australia bersama pasukan Sauber sebelum berjaya meraih gelaran juara dunia pada tahun 2007.

"Musim ini merupakan musim terakhir saya di Formula 1. Keputusan (untuk mengundurkan diri) bukan mudah, namun selepas musim ini tiba masanya untuk perkara baharu," ujarnya menerusi hantaran di Instagram.

Setakat perlumbaan yang berlangsung pada ketika ini, Kimi Raikkonen mempunyai rekod 21 kemenangan, 103 kedudukan podium, 18 kedudukan pole dan 10 lagi perlumbaan yang perlu dihabiskan untuk memperbaharui rekod sedia ada.

Setakat ini Alfa Romeo masih lagi belum memutuskan siapakah yang bakal menggantikan tempat Kimi Raikkonen, di mana terdapat beberapa nama disebut-sebut termasuklah pelumba Mercedes Valtteri Bottas.

Sumber: F1

Berita Berkenaan

Berita Global
Dia berdepan dengan 27 pertuduhan, di mana 24 daripadanya melibatkan suapan sebagai penjawat awam,…
Sukan Bermotor
Pada Khamis lalu bertempat di Hungaroring, Hawkins telah melakukan 26 pusingan dalam jentera F1…
Sukan Bermotor
Menurut laporan Daily Mail, Hamilton yang kini berusia 38 tahun itu mahu berlumba sehingga umur 43…