SAH: Audi Q8 bakal jadi model terakhir Audi dengan enjin petrol/diesel, produksi tamat 2032

oleh Mohamad Hanif|
Minggu lalu, Reuters memetik laporan akhbar Jerman Süddeutsche Zeitung yang mendakwa Audi akan menghentikan penawaran model dengan enjin konvensional pada tahun 2026.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia sekaligus merangkap tahun di mana Audi memperkenalkan kenderaan model terakhir yang bakal dikuasakan oleh enjin petrol dan diesel.

Namun, laporan terbaharu daripada akhbar perniagaan Jerman, Handlesblatt menerangkan dengan lebih terperinci perancangan Audi untuk menghentikan penawaran enjin pembakaran dalaman (petrol dan diesel) dalam tempoh beberapa tahun lagi.

 


Menurut laporan tersebut, generasi baharu untuk model seperti A3, A4, A5 dan A6 bakal bertukar kepada trenkuasa elektrik, manakala model seperti A1 pula tidak akan mendapat pengganti generasi baharu memandangkan kumpulan VW sudah pun mempunyai model yang lebih popular dan lebih berdaya saing seperti Polo, Ibiza dan Fabia.

Tiada sebarang butiran lanjut berkenaan model A7 dan A8 namun kedua-dua model tersebut dijangka akan mengikuti garis masa yang telah ditetapkan untuk model SUV Audi.

Sebut pasal SUV, Audi Q8 bakal menjadi model terakhir Audi yang dilengkapi dengan enjin pembakaran dalaman, di mana generasi baharu Q8 bakal dilancarkan pada tahun 2026.

Serentak dengan itu, Audi juga akan turut sama melancarkan kembar elektrik bagi SUV terbesar (Q8 e-tron) sebelum model petrol/diesel ditamatkan pada tahun 2032.

 


Walaupun Audi telah mengesahkan tiada lagi pembangunan enjin konvensional generasi baharu, syarikat itu akan sentiasa mengemaskini enjin petrol dan diesel sedia ada demi mematuhi peraturan pelepasan emisi yang semakin ketat di Eropah.

Terdahulu, Audi dilaporkan akan melancarkan kira-kira 20 buah kenderaan elektrik menjelang pertengahan dekad ini, di mana setengah daripadanya menggunakan plafform khusus yang dibangunkan bersama Porsche, iaitu Premium Platform Electric (PPE).

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
SUV, SUV dan SUV.  Entah kenapa, trend pemilikan kini beralih arah kepada SUV (termasuklah…
Pelancaran
Dibangunkan menggunakan platform yang serupa bersama Audi Q7, Audi Malaysia membawakan kepada anda…
Berita Global
Menurut Audi, Q8 menggabungkan dua elemen "coupe lima pintu yang elegan" dan "SUV yang serba boleh…