Sah akan lancar - G 310 R , motosikal BMW paling mampu milik pada RM26,900!

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

BMW Motorrad Malaysia hari ini mengesahkan bahawa model roadster G 310 R akan dilancarkan kelak.

Enjin satu silinder dengan sejukan cecair, empat injap, DOHC dan Electronic Fuel Injection dengan kapasiti 313 cc itu menghasilkan 34 hp pada 9,500 rpm dan tork maksimum 28 Nm pada 7,500 rpm.

Turut menarik ialah susun atur enjin tersebut yang diletakkan dalam kedudukan terbalik di mana kepala selinder diubah sebanyak 180-darjah. Ia membenarkan salur kemasukan diubah ke hadapan.

 

G310R 1

 

Transmisi ialah 6-kelajuan dan laporan dari rakan-rakan di Eropah yang telah menunggang motosikal ini, nisbah gear lebih mementingkan hantaran tork yang praktikal - bermakna penunggang tidak perlu turun gear terlalu banyak. 

Keburukannya ialah halaju pasti akan turun, namun kerana ia adalah motosikal roadster, ia lebih sesuai untuk jalan-jalan urban atau menyusuri laluan luar bandar. 

Dalam erti kata lain, ia lebih seronok ditunggang di jalan lama ke Port Dickson, dan bukan lebuhraya PLUS.

Dengan berat bersih (tanpa beban, atau kerb weight) 158.5 kg, ia dijangka akan memberikan prestasi yang menarik.

 

G310R 2

 

Kerangka tiub besi dengan suspensi fork depan 41 mm terbalik (upside-down) serta lengan ayun belakang jenis aluminum disambung terus ke monoshock memastikan ia meluncur seperti sebuah BMW.

Jarak antara pelana dengan bumi ialah 785 mm, sama tinggi dengan Kawasaki Ninja 250. 

Fungsi brek lengkap dengan ABS depan belakang sebagai ciri standard. Cakera brek hadapan sebesar 300 mm dengan angkup empat omboh sementara di belakang pula menggunakan angkup terapung dua omboh pada cakera 240 mm.

Roda saiz 17-inci selebar 3-inci di hadapan dan 4-inci di belakang. Tayar pula bersaiz 110/70R dan 150/60R.

Panel meter ialah dari jenis LCD dengan pelbagai informasi yang mudah dilihat di dalam keadaan panas terik. 

 

G310R 3

 

Antara informasi yang diberikan ialah kedudukan  gear, halaju, tolok bahan api, tolok suhu, tripmeter dan odometer, penggunaan bahan api dan semestinya, waktu.

Ia ringkas tetapi praktikal, sama seperti konsep keseluruhan motosikal ini.

BMW G 310 R ini menggunakan pemetaan enjin serba baharu dan melepasi piwaian Euro 4, menjamin penggunaan bahan api serendah 3.3 liter untuk setiap 100 km.

Dengan kadar penggunaan bahan api yang rendah itu, ia lebih merupakan sebuah motosikal komuter, umpama Yamaha FZ150 versi premium.

 

G310R 4

 

Dengan harga RM26,900 tidak termasuk insurans dan GST, ini ialah model BMW paling mampu milik. Ia dibina oleh TVS Motor di India, tetapi di bawah pengawasan kualiti dari BMW Motorrad Munich.

Careta akan cuba memastikan kelak bahawa kos penyelenggarannya juga sepadan dengan harganya.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…