Namun, impian tersebut tidak menjadi kenyataan dan Saga Estate kini direalisasikan oleh pengeluar Alpha Motor Corporation.

Model Saga Estate ini dibangunkan menggunakan asas daripada model sedan Saga, namun dengan garis bumbung yang lebih panjang dan mampu menawarkan kapasiti kargo sebesar 991 liter.
Dari segi luaran, ia membawakan elemen yang boleh didapati pada model sedan Saga, dengan arka roda yang lebih lebar, bumbung kaca panoramik, penawaran rim bersaiz 17 hingga 20 inci, serta pemegang pintu yang tertanam kemas.

Alpha juga turut merancang untuk menawarkan pakej aerodinamik yang merangkumi splitter hadapan, penambahan skirt sisi, diffuser yang lebih agresif, serta konfigurasi untuk kegunaan off-road dengan jarak kelegaan tanah ditinggikan sebanyak 50 mm.
Ruang kabin pula menempatkan kluster instrumen digital, sistem infotainmen jenis terapung, sistem radio rekaan retro diikuti dengan penawaran trim kayu.

Alpha menawarkan trenkuasa motor elektrik berkembar dengan sistem pacuan semua roda, dan pek bateri 85 kWh yang mampu menawarkan jarak sejauh 483 km.
Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 6.3 saat dan pek bateri pula boleh dicas sehingga 80 peratus dalam tempoh satu jam.
Saga Estate EV ini dijual pada harga bermula dari $45,000 (RM188,145) namun tiada sebarang tarikh tetap berhubung kehadiran model ini secara rasmi.