SAGA elektrik dengan bateri 482km!

oleh HEZERI SAMSURI|
Majoriti rakyat Malaysia mempunyai satu impian yang sama - Proton mampu menghasilkan kenderaan bertaraf dunia tetapi dijual pada harga rendah kerana itu ialah tanggungjawab syarikat itu.

Jika Saga elektrik yang baharu dipertontonkan secara maya (CGI) ini benar-benar wujud, dan sekiranya Saga ini dihasilkan oleh Geely atau Proton sendiri, nescaya separuh dari impian itu sudah tercapai.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sayangnya, model konsep ini hanya wujud dalam bentuk digital tetapi syarikat Alpha berkata sedan elektrik saiz sederhana (segmen C) ini bakal didatangkan dengan spesifikasi berikut:

  • Pek bateri untuk perjalanan sejauh 482 km dengan sekali caj
  • Model 1 motor (RWD) atau 2 motor (AWD)
  • Pecutan 0-60 bsj dalam 6.0 saat
  • Sistem pengecaj pantas (rapid charger)
  • Penyejuk dan pemanas unit bateri
  • 5 penumpang

Dengan bentuk yang mirip seperti sebuah Alfa Romeo Giuletta 1974, Saga ini pasti menarik.

Buat masa sekarang, tidak ada informasi tentang syarikat Alpha Motor Corporation dan dalam dunia sekarang di mana hampir kesemua syarikat kenderaan elektrik menghasilkan sekurang-kurangnya satu unit prototaip, pelancaran menggunakan gambar digital CGI sahaja adalah umpama ceramah ahli politik ketika pilihanraya - janji hari ini, esok dah lupa.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Meskipun kenderaan berharga lebih rendah mungkin terus mendorong jumlah keseluruhan industri (TIV…
Berita Global
  Semasa menyeberangi Teluk Squillace, kapal itu mengalami masalah menyebabkan kaptennya…
Berita Domestik
Bagi suku pertama berakhir Mac 2022, pembuat kereta nasional itu mengalami jualan merosot sebanyak…