Saga curi peluang masalah kekurangan chip komputer Perodua

oleh HEZERI SAMSURI|
Proton mengambil peluang masalah kekurangan chip komputer Perodua untuk menjadi juara jualan kenderaan untuk sedan segmen A bagi bulan April.

Jualan Proton Saga untuk bulan tersebut ialah sebanyak 5,472 unit, memintas jualan Perodua Bezza dan juga Perodua Myvi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut siaran media Proton petang tadi, ia mahu menekankan bahawa Saga kembali menjuarai takhta, walaupun ia hanya berdasarkan jualan untuk satu bulan sahaja.

Syarikat yang dikawal oleh Geely itu masih mengalami masalah perkhidmatan lepas jualan dan juga kekurangan stok alatganti. 

Sementara itu sumber rapat dengan Perodua yang dihubungi oleh Careta berkata masalah stok chip komputer itu akan selesai dalam tempoh satu ke dua bulan lagi.

"Masalah kekurangan stok chip komputer ini ialah masalah global sekarang ini tetapi akan diatasi dalam masa terdekat kerana bantuan ekosistem komponen Perodua yang bergabung dengan ekosistem Daihatsu dan juga Toyota. 

"Terpulang kepada pengguna samada mahu menunggu tempoh satu atau dua bulan bagi mendapatkan kereta baharu atau mahu cepat dan mengalami kerugian selama bertahun-tahun. 

"Ini ialah kerana nilai jual balik Perodua jauh lebih tinggi," ujar seorang penganalisa kewangan yang dihubungi Careta berkaitan isu tersebut.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…