Harga jualan Proton Saga bermula dari RM33,123.87, termasuk GST 0%. Dengan bonus Hari Raya bernilai RM3,500, harga jualan Saga kini bermula dari serendah RM29,623.87
Luas, lasak, praktikal dan datang dengan pemanduan yang lebih kepada sedan besar, Saga memang terbukti menjadi kenderaan permulaan yang baik untuk rakyat Malaysia dan juga Asean.
Selain dari Saga, promosi Hari Raya Proton menyaksikan rebat harga sehingga RM4,000 untuk model-model Proton yang lain.
Promosi tawaran Hari Raya Proton ini belum lagi ditambah dengan penjimatan enam peratus hasil penurunan kadar GST kepada sifar peratus.
Jangan tunggu lama-lama kerana Promosi Hari Raya oleh Proton ini bermula pada 1 hingga 30 Jun 2018.
Di bawah ialah senarai terkini harga model-model Proton.