Menurut Prof Madya Dr Kulanthayan K. C. Mani dari Jabatan Kesihatan Komuniti dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, kesemua pelajar yang terpilih itu ialah pelajar-pelajar yang memang hadir ke sekolah menaiki motosikal tetapi tidak memakai helmet.
Pemberian helmet yang ditaja oleh Yayasan Halliburton USA itu diharapkan akan dimanfaatkan oleh para pelajar tersebut dengan menggunakannya untuk ke sekolah.
Careta menyokong penuh aktiviti seperti ini yang memberi fokus kepada sekolah-sekolah luar bandar. Semoga lebih banyak lagi syarikat-syarikat swasta yang mahu menyumbang menerusi program Safe Kids Malaysia UPM ini.