Safe Kids Malaysia terima FedEx Road Safety Award 2017

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Pada 6 April 2017, FedEx telah menyampaikan anugerah kepada tiga pertubuhan bukan kerajaan keselamatan jalan raya (NGO) pada Mesyuarat Global Oragnisasi Bukan Kerajaan yang menyokong keselamatan jalan raya dan mangsa kemalangan jalan raya (Fifth Global Meeting of Nongovernmental Organizations Advocating for Road Safety and Road Victims. Safe Kids Malaysia Universiti Putra Malaysia, merupakan salah satu organisasi di Malaysia yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa dan menerima Anugerah Keselamatan Jalan Raya FedEx “FedEx Road Safety Award 2017” oleh Global Alliance NGO. WhatsApp Image 2017-04-07 at 15.38.51 Selain Safe Kids Malaysia, dua buah organisasi lain iaitu Africans Against Drunk Driving dari Afrika Selatan dan Alinagnon dari Benin turut menerima anugerah tersebut di atas komitmen, usaha dan prestasi cemerlang yang ditunjukkan dalam usaha memacu keselamatan jalan raya di negara masing-masing. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Penasihat Komunikasi FedEx, Shane O'Connor. “Terima kasih kepada Universiti Putra Malaysia, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Safe Kids Worldwide Amerika Syarikat, WHO, rakan-rakan media, rakan-kongsi antarabangsa dan komuniti masyarakat untuk menjayakan dan menerima pencapaian ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua di atas anugerah ini” kata Profesor Madya Dr. Kulanthayan KC Mani. WhatsApp Image 2017-04-07 at 15.38.50