Sabotaj? - Tragedi Lamborghini terbakar

oleh HEZERI SAMSURI|
Kejadian di mana sebuah Lamborghini Aventador terbakar di tempat parkir kondo mewah Pavillion Residences, Kuala Lumpur nampaknya mungkin hasil dari perbuatan khianat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan The Star, ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukan dua lelaki di atas sebuah motosikal membaling botol yang mengandungi cecair yang dipercayai bahan api petrol kepada kereta supercar kuning tersebut.

"Rakaman CCTV jelas menunjukan ada dua lelaki bertopi keledar dan bertopeng membaling botol petrol itu ke bahagian hadapan kereta tersebut sebelum ia disambar api," ujar sumber akhbar itu.

Ia terus mendakwa pihak polis dan bomba sudah menjumpai botol tersebut dan sisa cecair yang dipercayai petrol serta sekotak mancis berhampiran dengan kenderaan tersebut.

Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohd Rozi Jusoh, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.40 pagi semalam dan 40 peratus kenderaan itu musnah, termasuk enjinnya.

Tidak dipastikan samada benar-benar enjin Aventador ini rosak kerana enjinnya berada di bahagian belakang kabin penumpang. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menerusi rakaman itu ia memaparkan keadaan mangsa yang luka pada leher akibat tersangkut tali…