Sabah mohon RM265 juta untuk baiki jalan rosak

oleh HEZERI SAMSURI|
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Bung Moktar Radin berkata kerajaan Sabah sudah memohon bajet sebanyak RM265 juta untuk membaiki jalan raya yang rosak di negeri tersebut.

Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya Negeri untuk Sabah menerangkan peruntukan itu bukan untuk menaik taraf jalan raya tetapi untuk membaiki jalan-jalan yang sedia ada.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Menaik taraf jalan raya ialah di mana jalan raya sedia ada akan dirobohkan dan jajaran baharu dibina. 

Proses membaiki jalan raya dijangka siap dalam tempoh dua setengah tahun. Antara jalan raya yang mengalami kerosakan teruk ialah di daerah Telupid (gambar utama), Sandakan dan laluan pembinaan Lebihraya Pan Borneo.

Puncanya ialah kekurangan penyelenggaraan ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan ketika Covid-19 menular.

* Laporan dari Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Cadangan untuk pembinaan lapangan terbang baharu di Sabah itu ia jauh dari Kota Kinabalu, saya…
Informasi
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif daripada syarikat tambang rendah itu…
Informasi
"Fasa pertama itu membabitkan pembinaan jalan konkrit, melakukan pembersihan tapak dan juga sistem…