Sabah bakal dapat litar lumba tersendiri

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

gambar hiasan


Sabah bakal memiliki sebuah litar lumba bertaraf antarabangsa yang dijangka dibina tahun depan dengan kos RM132 juta, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Wilfred Madius Tangau.

Beliau berkata litar lumba tersebut yang diyakini dapat memacu pembangunan sukan permotoran negeri akan dibina oleh syarikat milik kerajaan negeri KKIP Autocity Sdn Bhd sebagai sebahagian fasa kedua Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).

“Tanah untuk membina litar lumba ini sudah dikenal pasti dan kini  dalam proses pengambilan tanah,” katanya kepada pemberita selepas mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal merasmikan KKIP Sabah Drag Battle 2018, di sini hari ini.

Program itu yang merupakan siri kedua berlangsung sejak Khamis dan berakhir esok turut menarik peryertaan kelab sukan permotoran dari Sarawak, Semenanjung serta Brunei dan Thailand.
 


Ia dianjurkan oleh KKIP Autocity dengan kerjasama Persatuan Automotif Bumiputera Sabah dan Wira Parti Warisan Sabah (Warisan).

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman yang juga Ketua Wira Warisan, Ketua Pegawai Eksekutif KKIP Ir Melvin Disimond dan Pengurus Besar KKIP Autocity Frida Farah Bungga.

Madius  berkata pembinaan litar lumba itu juga dilihat mampu menjadi platform mencungkil bakat-bakat muda sebagai pelumba profesional untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

“Ini sekali gus mengurangkan penglibatan anak muda dalam aktiviti lumba haram seterusnya menggalakkan mereka mengamalkan aktiviti lebih lebih sihat dan berkualiti,” katanya.

Madius yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah melihat pembinaan litar lumba itu bakal menyumbang kepada pembangunan industri sukan pelancongan serta rekreasi sekali gus membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada usahawan kecil dan sederhana untuk terbabit dalam bidang berkaitan automotif seperti perkhidmatan bengkel dan perniagaan alat ganti kenderaan - BERNAMA

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata projek berkenaan merupakan pemangkin dalam membangunkan ekonomi kawasan Kalimantan,…
Berita Domestik
"Cadangan untuk pembinaan lapangan terbang baharu di Sabah itu ia jauh dari Kota Kinabalu, saya…
Informasi
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif daripada syarikat tambang rendah itu…