Jenama Saab lebih dikenali sebagai pengeluar pertama yang menghasilkan enjin turbo secara produksi massa yang digunakan pada Saab 99 Turbo pada tahun 1978.
Namun, model konsep Saab juga tidak kurang hebatnya dan salah sebuah model konsep yang agak pelik pernah dihasilkan ialah Saab 906 turbo dengan enam tayar.
Menggunakan asas daripada Saab 900 GLS tahun 1981, seorang pereka Leif Mellberg (yang turut menghasilkan rekaan prototaip Saab EV1, Saab 900 Speedster, Saab Mayo dan Saab Gullwing) telah memanjangkan Saab 900 sebanyak 60 cm menjadikan panjang keseluruhan menjadi 530 cm.
Saab enam tayar ini juga lengkap dengan beberapa gajet terkini (pada masa itu) seperti sistem stereo dengan 16 speaker, peti sejuk, alat pemanas, pengesan radar, radio polis, kawalan pemanduan adaptif, alat penggera menjadikannya antara kereta yang paling lengkap dan panjang spesifikasinya di Sweeden ketika itu.
Walaubagaimanapun, model konsep ini tidak pernah memasuki fasa produksi secara rasmi sepanjang hayatnya dan ia hanya sekadar menjadi kenderaan pengiklanan buat syarikat pereka Mellbergs custom sahaja.