'S' dalam logo Supra diinspirasikan daripada selekoh Litar Nurburgring!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tahukah anda, logo Supra yang terpampang di belakang kereta sports itu sebenarnya diinspirasikan daripada Litar Nurburgring? 

Hal ini sebenarnya didedahkan oleh MotorTrend di mana rekaan huruf 'S' dalam perkataan Supra itu merupakan gambaran seksyen selekoh S dari Litar Neraka Hijau tersebut, dikenali sebagai Wehrseifen. 

Mungkin ramai yang tidak perasan akan rekaan pada tulisan Supra, namun sebenarnya Ketua Jurutera Pembangunan Supra Tetsuya Tada mengesahkan hal tersebut ketika dihubungi sendiri oleh laman web Motor1.

Penulis kami, Hezeri Samsuri telah diberikan peluang memandu uji Toyota Supra di Sepanyol tahun lalu, dan anda boleh membaca sendiri nukilan beliau pada pautan di bawah untuk mengetahui kebenaran di sebalik lambang Supra tersebut.

Baca: Pandu Uji Toyota Supra oleh Hezeri Samsuri

 


Untuk para peminat Supra di Malaysia, usah risau kerana UMW Toyota akan membawa masuk model versi tertinggi Supra untuk pasaran Malaysia kelak. 

Model CBU sepenuhnya dari Austria ini bakal menggunakan nadi enam silinder sebaris 3.0 liter B58B30. 

Enjin berkuasa turbo itu mampu menjana kuasa setinggi 335 kuasa kuda dengan daya kilas 495 Nm digandingkan dengan transmisi automatik lapan kelajuan. 

Atas jalan, ia mampu memberikan pecutan sepantas 4.1 saat daripada pegun ke 100 km/j. 

Sumber dalaman Careta memberitahu harga jualannya bakal berkisar sekitar RM400-500 ribu. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan semakan di laman web rasmi, Toyota memberitahu pelanggannya bahawa kereta tersebut kini…
Berita Global
Unit yang anda lihat di dalam artikel ini bukanlah unit produksi Reventon sebenar, sebaliknya '…
Berita Global
Kenapa 35 tahun? Ini kerana pada tahun 1986, Toyota akhirnya memisahkan generasi kereta sports…