RX300 Special Edition kini di Malaysia - harga bermula dari RM434k

oleh Mohamad Hanif|
Lexus Malaysia selaku pengimport dan pengedar sah jenama Lexus di Malaysia telah mengumumkan ketibaan model SUV popular RX300 Special Edition yang hadir dengan penambahan aksesori kepada varian Luxury sedia ada.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Senarai aksesori tersebut dimulakan dengan panel tambahan underbody yang memberikan perlindungan daripada batuan kerikil dan objek asing daripada jalan raya manakala kit badan memberikan penggayaan baharu yang elegan kepada rupa bentuk sporty sedia ada. 


Lexus Malaysia juga turut memasang side step bagi kedua-dua sisi kenderaan bagi memudahkan pergerakan keluar dan masuk SUV ini dengan mudah, terutama bagi penumpang kanak-kanak dan orang yang lebih tua. 

Penambahan visor yang direka secara kustom mengurangkan kadar rintangan angin ketika bergerak disamping membantu mengelakkan air hujan daripada memasuki kabin sekiranya tingkap dibuka sedikit. 


Bagi mereka yang kerap menggunakan ruang kargo, kehadiran ciri step guard amatlah dihargai untuk melindungi kawasan bumper belakang supaya tidak tercalar atau kotor akibat proses memuatkan dan memunggah barangan. 

Lampu "Welcome" dengan logo Lexus yang diletakkan pada bahagian sisi kenderaan memberikan iluminasi kepada para penumpang supaya dapat mengelakkan lubang atau lopak air ketika turun ditempat yang gelap, selain mencerminkan falsafah hospitaliti Lexus itu sendiri. 
 


Selain daripada itu, pihak Lexus Malaysia telah memasang unit pembaca/transmitter SMART TAG khusus buat pengguna kad Touch 'n Go serta sebuah perakam video digital (DVR) untuk kemudahan serta bahan bukti sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini ketika sedang bergerak. 

RX300 Special Edition merupakan varian ketujuh yang hadir ke pasaran Malaysia untuk siri model RX300 yang dikuasai oleh enjin petrol turbo 2.0 liter 8AR-FTS yang menghasilkan kuasa setinggi 235 PS dan tork maksimum 350 Nm yang memacu semua roda menerusi transmisi automatik enam kelajuan (6 ECT). 

Harga jualan bermula dari RM434,000 dan didatangkan dengan jaminan daripada pengeluar selama lima tahun dan jarak perbatuan tidak terhad (yang mana terdahulu). 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Bagaimanapun katanya, beberapa jam kemudian dia dimaklumkan bahawa kenderaan miliknya telah…