RV ini ada tingkat kedua yang boleh disembunyikan

oleh Mohamad Hanif|
Sudah banyak contoh motorhome, campervan serta recreational vehicle (RV) yang telah kami paparkan, namun faktor ruang dan dimensi mampu menjadikan sesebuah motorhome itu terhad fungsinya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk anda yang mencari sebuah RV dengan ciri yang mampu menyelesaikan masalah itu tadi, lihat sahaja pada model Bürstner Lyseo Gallery ini di mana ia mempunyai satu kelebihan yang nyata - ruang tambahan tingkat kedua yang boleh disembunyikan.

 


Masih lagi mengekalkan rekaan cab-over seperti model RV Lyseo, namun apa yang dibuat oleh syarikat itu adalah menambah 'bumbung pop-up' yang boleh dinaikkan dan diturunkan mengikut keperluan.

Menurut syarikat itu, bumbung  pop-up itu hanya beroperasi selama 90 saat menggunakan unit pemampat udara, dibantu dengan penderia yang mampu memantau tahap tekanan di dalam dinding.

Rekaan dinding sisi itu juga turut diberikan penekanan supaya ruang tingkat kedua itu tidak mudah runtuh akibat perubahan tekanan yang mendadak.

 


Dengan adanya bumbung boleh dilipat ini, ia sekaligus menambah dimensi sebanyak 100 cm kepada ruang kepala, menawarkan ruang tidur, serta ruang kerja yang terdiri daripada meja, kerusi, dan slot pengecasan peranti pintar.

Sementara ruang bawah pula dilengkapi dengan peralatan standard sesebuah RV termasuklah ruang memasak, dapur, mesin kopi, rak penyimpanan barang, serta ruang makan yang moden.

 


Model RV Bürstner ini masih lagi belum ditawarkan kepada umum, memandangkan ia hanyalah sebuah kenderaan pra-produksi.

Namun, syarikat itu merancang untuk memulakan produksi RV ini menjelang tahun 2022.

 

Berita Berkenaan

Informasi
  "Susulan kunjungan awal Caravaning Industrie Verband e.V. (CIVD) (Persatuan Industri Karavan),…
Berita Domestik
Penyerahan sijil VTA kepada Ketua Pegawai Eksekutif Knaus Tabbert AG, Wolfgang Speck itu…
Berita Global
Sebuah syarikat pemula dari Latvia, Zeltini telah mengemukakan idea menarik di mana satu binaan…