RV Custom International 9200 ini lengkap dengan garaj Suzuki Jimny!

oleh Mohamad Hanif|
Kenderaan bergenre recreational vehicle (RV) rata-rata memiliki dimensi yang besar, dan mampu menawarkan pakej semua-dalam-satu, namun disebabkan saiz yang agak besar ia mampu membataskan pergerakan terutama ketika kita melalui kawasan pendalaman.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Laman FB Marketplace menyenaraikan sebuah RV yang sedia untuk dilepaskan kepada pihak yang berminat - di mana ia menggunakan asas daripada trak semi International 9200 tahun 1996.
 

Jimny


Seperti apa yang dipaparkan, RV ini bukan sahaja menyediakan ruang 'penginapan' yang selesa, malah ia juga mampu membawa sebuah Suzuki Samurai (Jimny) tahun 1988 di bahagian tengah!

Selesai satu dua masalah terutama ketika kita mahu mencari kedai makan, atau surau yang berdekatan tanpa perlu memandu RV yang besar gedabak itu.
 

EV


Ruang belakang trailer ini menempatkan pelbagai kemudahan seperti ruang memasak yang mempunyai ketuhar, ruang mandi dan juga tandas, tempat berehat dan paling penting kamar untuk beradu.

Kuasa elektrik pula boleh dijana menggunakan alat genset yang menggunakan bahan api propana.
 

RV


RV kustom ini didatangkan dengan enjin diesel Cummins, dan setakat berada di tangan pemilik kedua ia sudah pun mencapai jarak perbatuan hampir satu juta km!

Berminat? Harga jualan cuma $26,995 (RM112,137) sahaja.

Sumber: FB Marketplace

Berita Berkenaan

Informasi
  "Susulan kunjungan awal Caravaning Industrie Verband e.V. (CIVD) (Persatuan Industri Karavan),…
Berita Domestik
Penyerahan sijil VTA kepada Ketua Pegawai Eksekutif Knaus Tabbert AG, Wolfgang Speck itu…
Berita Global
Sebuah syarikat pemula dari Latvia, Zeltini telah mengemukakan idea menarik di mana satu binaan…