Russia beri subsidi US$78.3 juta tahun hadapan untuk rakyat beli kereta

oleh HEZERI SAMSURI|
Kerajaan Russia bercadang untuk menyalurkan sebanyak 5 billion Rubles (US$78.3 juta) tahun hadapan untuk subsidi pinjaman kenderaan bagi membantu menaikan jualan kenderaan.

Jualan kenderaan baharu di Rusia dijangka akan menurun sebanyak 2.2 peratus tahun ini, jatuh kepada 1.76 juta unit.

Menurut Persatuan Perniagaan Eropah, kejatuhan tersebut berpunca dari pertumbuhan ekonomi yang lembab dan kejatuhan pendapatan boleh guna.

Russia sudah sekian lama membantu penjualan kenderaan di negara itu menerusi pelbagai program, termasuk membayar bank untuk merendahkan faedah bagi pinjaman kenderaan.

Menteri Industri dan Perdagangan Russia, Denis Manturov berkata kerajaan negara itu masih berhutang dengan bank-bank kerana program bantuan penjualan kenderaan tersebut.


* Laporan asal dari Automotive News Europe

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Menurut kementerian, kejadian itu berlaku di perairan pantai Cape Fiolent di Crimea, yang…
Berita Global
Menurut datuk bandar Moscow, Sergei Sobyanin berkata ibu negara Russia itu kini melaporkan lebih…
Berita Global
Cebisan hadapan pesawat itu yang ditembak jatuh di Ukraine pada tahun 2014 dengan mengakibatkan…