Russell Tolak Perjanjian Jangka Panjang, Mercedes Berkeras Dengan Syarat Tegas

oleh Qalif Latif|
George Russell, yang mula menyertai pasukan Mercedes F1 pada tahun 2022 bagi menggantikan Valtteri Bottas, kini sedang menekan pasukan itu untuk mendapatkan kontrak jangka panjang yang lebih kukuh, sambil berusaha mengurangkan komitmen pemasaran selama 60 hari yang termaktub dalam kontraknya sekarang.

Namun, Mercedes dilaporkan enggan memberikan syarat istimewa seperti mana yang pernah dinikmati Lewis Hamilton ketika pasukan itu berusaha mengekalkannya sebelum ini.

Dalam situasi kompromi, Russell dikatakan terbuka untuk menandatangani perjanjian 1+1 iaitu setahun dijamin dengan opsyen sambungan setahun lagi. Menariknya, sambungan itu akan diaktifkan secara automatik sekiranya Russell berprestasi lebih baik dari rakan sepasukan mudanya, Andrea Kimi Antonelli, pada musim 2026.

Maklumat ini dilaporkan oleh RacingNews365.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan tersebut, tawaran tersebut datang daripada Prinsipal Mercedes sendiri, Toto Wolff,…
Sukan Bermotor
Setelah dua musim menggunakan liveri serba hitam, kali ini pasukan Mercedes kembali menggunakan…
Sukan Bermotor
Walaupun banyak drama yang terjadi pada hujung minggu yang lalu, ia turut membuktikan satu perkara…