Rusia sertai persaingan tender pesawat tempur ringan TUDM

oleh Mohamad Hanif|
Rusia bakal menyertai persaingan antara India, Pakistan dan Korea Selatan untuk mendapatkan kontrak pembekalan pesawat tempur Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bulan ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada EurAsian, pengarah Perkhidmatan Persekutuan untuk Kerjasama Teknikal Ketenteraan Rusia, Dmitry Shugaev berkata pihaknya sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk menawarkan model MiG-35 untuk penyediaan pesawat latihan dan juga pesawat tempur ringan kegunaan TUDM.

Selain Rusia, India menawarkan pesawat Tejas buatan Hindustan Aeronautics Limited (HAL), diikuti Korea (F-50), dan Pakistan (JF-17 Thunder).

Jun lalu, pihak Kementerian Pertahanan Malaysia telah membuka tender antarabangsa bagi kontrak 18 unit pesawat tempur Fighter Lead-in Traider-Light Combat Aircraft (FLIT-LCA) untuk menggantikan armada 18 unit BAE Hawk 108 dan Hawk 208, serta tujuh pesawat latihan Aermacchi MB-339CM.
 

TEJAS


Faktor utama yang mendorong Kuala Lumpur untuk mengeluarkan tawaran tersebut dipercayai adalah disebabkan tindakan kerajaan China menghantar 16 pesawat tentera menceroboh ruang udara Malaysia pada Jun lalu.

Menurut laporan itu lagi, perancangan Rusia diumumkan ketika India sedang bersedia untuk membalas permohonan Request for Proposal (RFP) dari TUDM pada minggu ketiga September.

Tender antarabangsa bagi 18 buah pesawat FLIT-LCA TUDM ini akan ditutup pada 22 September ini.

Sumber: EurAsian Times

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebanyak 1,319,351 kenderaan bermotor baharu termasuk kenderaan komersial ringan, trak dan bas…
Berita Global
Namun selain daripada Toyota Land Cruiser, kita sering kali terlupa kewujudan sebuah lagi model off…
Informasi
Menurut beliau penandatanganan perjanjian seumpama itu akan menjadi langkah penting untuk…