Rusia mahu hidupkan semula jenama era Soviet, Moskvitch

oleh Mohamad Hanif|
Disebabkan oleh serangan Rusia ke atas Ukraine, banyak pengeluar automotif telah menamatkan operasi mereka di negara tersebut serta-merta, termasuklah Renault yang baharu sahaja menjual pegangan mereka di dalam AvtoVAZ.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Segala saham Renault dijual kepada institut penyelidikan dan pembangunan enjin dan automobil Rusia (NAMI), namun Renault dilapor mungkin akan kembali ke negara tersebut dalam tempoh enam tahun.

Kilang Renault kini dioperasikan oleh Moscow City, dan terdapat ura-ura di mana Rusia mahu menghidupkan semula jenama automotif bersejarah yang pernah wujud di zaman USSR, iaitu Moskvitch.
 

duet


Menurut laporan daripada The Moscow Times, Datuk Bandar Moscow Sergei Sobyanin berkata, beliau mahu menghidupkan semula jenama automotif yang pernah wujud dalam era Soviet dengan menjadikan pengeluar trak terbesar Rusia, Kamaz sebagai rakan teknikal.

"Kilang pengeluaran di Volgogradsky Prospekt mempunyai sejarah yang sangat panjang dan gemilang. Kira-kira 100 tahun lalu, ia dimulakan dengan produksi kereta-kereta Ford, dan sejak tahun 1998, kilang ini telah bekerjasama dengan Renault menghasilkan model seperti Logan, Duster dan Sandero.

"Pada tahun 2022, kami akan membuka lembaran baharu di dalam sejarah Moskvitch," jelasnya lagi.

Jenama automotif Moskvitch hilang dari radar pada tahun 2006 akibat bankrap, dan berdasarkan perancangan yang dibentangkan, Moskvitch akan memulakan kembali pemasangan kenderaan berenjin pembakaran sebelum beralih sepenuhnya kepada kenderaan elektrik pada masa akan datang.

Sumber: The Moscow Times

Berita Berkenaan

Berita Global
"Sekatan sementara akan membantu memenuhi pasaran bahan api, yang seterusnya akan membolehkan…
Berita Global
105 orang turut dilaporkan cedera akibat kebakaran tersebut, di mana 13 daripada yang cedera adalah…
Berita Global
Menurut laporan Reuters, kabinet Jepun membuat keputusan untuk menyemak semula sekatan eksport ke…