Rusia kini kembali hasilkan kereta tanpa ABS, beg udara

oleh Mohamad Hanif|
Negara Rusia kini terpaksa berdepan dengan sekatan disebabkan oleh serangan yang dibuat ke atas Ukraine, dan keadaan ini memberikan kesan yang besar ke atas industri automotif negara itu sendiri.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Masalah kekurangan komponen menyebabkan syarikat pengeluar Lada kini memperkenalkan sebuah varian baharu Lada Granta yang dikenali sebagai Classic, dengan hanya menggunakan komponen buatan tempatan.

Menurut laporan Autoblog, nama Classic itu sebenarnya merujuk kepada spesifikasi kereta itu sendiri yang sangat asas tanpa sebarang kehadiran ciri-ciri moden seperti contoh, ketiadaan sistem pendingin hawa serta ciri keselamatan seperti beg udara dan ABS!

Lada Granta Classic itu juga hanya dikuasakan oleh enjin 1.6 liter berkuasa 90 hp dengan piawaian pelepasan emisi Euro 2 tahun 1996.
 

Lada


Lada juga dilapor akan menawarkan versi asas yang serupa pada model-model lain, seperti contoh Lada Niva.

Dalam pada itu, presiden eksekutif Global New Car Assessment Programme, David Ward memberitahun NBC, apa yang dilakukan oleh Rusia itu bersifat satu langkah ke belakang bagi negara yang memegang jawatan sebagai naib pengerusi World Forum for Harmonization of Vehicle Regulation United Nations.

Situasi buruk ini turut memberikan kesan kepada pemilik kenderaan sedia ada, dan disebabkan kesukaran untuk mendapatkan alat ganti, kos pembaikan kini semakin menaik dan lebih mahal harganya.
 

Lada


Seorang pemilik teksi di Moscow memberitahu The Guardian, tidak guna jika anda menghantar kereta yang rosak ke pusat pengedar, dan tempoh menunggu pula adalah berbulan-bulan jika kereta tersebut dihantar ke bengkel bebas.

Lebih memburukkan keadaan, ada sesetengah komponen alat ganti dijual pada harga yang jauh lebih mahal berbanding nilai sebuah kereta itu sendiri.

Sumber: Autoblog