Rusia cadang wajibkan pemasangan alat kesan alkohol dalam kereta baharu

oleh Mohamad Hanif|
Rusia bercadang untuk memasang setiap kenderaan baharu dengan alat penganalis pernafasan (breath analyzer) bagi membendung gejala pemanduan di bawah pengaruh alkohol.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada akhbar Rusia Kommersant, kementerian industri berharap agar sebuah pelan dapat disiapkan menjelang akhir 2020, di mana ia memerlukan setiap pemandu untuk melepasi ujian pernafasan sebelum dibenarkan memandu.

Walaupun data statistik menunjukkan peningkatan hasil daripada langkah serta kempen keselamatan yang dilaksanakan, tahun lalu sahaja lebih daripada 17,000 rakyat Rusia mati akibat kemalangan jalan raya, lebih tinggi berbanding negara-negara lain.

Sehingga kini, Rusia kekal sebagai salah sebuah negara yang tinggi bilangan peminum arak, walaupun menurut data daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terdapat penurunan sebanyak 43% untuk tempoh 2003 sehingga 2016 akibat pengenalan cukai terhadap minuman beralkohol, larangan terhadap alkohol buatan sendiri serta menaikkan harga minimum terhadap penjualan vodka.

Pemasangan alat kekunci/pengesan alkohol terhadap kenderaan baharu akan memberikan kesan terhadap peningkatan kos pemasangan kenderaan, dan berkemungkinan besar ia akan dibantah oleh syarikat automotif memandangkan permintaan terhadap kereta baharu kini menurun akibat wabak pandemik COVID-19.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebanyak 1,319,351 kenderaan bermotor baharu termasuk kenderaan komersial ringan, trak dan bas…
Berita Global
Namun selain daripada Toyota Land Cruiser, kita sering kali terlupa kewujudan sebuah lagi model off…
Informasi
Menurut beliau penandatanganan perjanjian seumpama itu akan menjadi langkah penting untuk…