Rusia bakal teraju sektor automotif menjelang 2028

oleh SALINA JALIL|
Industri automotif semakin maju dengan pelbagai kemunculan yang berteknologi tinggi yang menuju ke arah kenderaan automatik dan tanpa pemandu. Melalui analisi data syarikat GlobalData, syarikat-syarikat Rusia bakal muncul dengan teknologi dan strategi yang relevan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

David Leggett, Editor Automotif di GlobalData, berkata, "Menurut ramalan GlobalData, Society of Automotive Engineering (SAE) Tahap 3 dan Tahap 4 akan menyaksikan kenaikan jumlah yang besar dalam dekad yang akan datang sehingga Rusia akan menyumbang lebih dari tiga juta unit pengeluaran tahunan menjelang tahun 2028. Syarikat perlu membangun dan menguji teknologi yang relevan sekarang untuk bersaing dan mengambil bahagian dalam pasaran untuk kenderaan automatik tanpa pemandu kerana ia bakal berkembang."
 

Rusia adalah pasaran baharu yang muncul dan sedang mengalami tekanan pada masa ini dengan pasaran ekonomi dan kenderaannya mengalami penurunan.

 

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa ia juga adalah sebuah negara yang mempunyai kepakaran mengeluarkan teknologi canggih, terutama dalam sektor pertahanan dan sektor aeroangkasa. Sebahagian daripada keupayaan teknikal ini juga semakin terlihat di sektor automotif.

 

Firma perkhidmatan Internet Yandex (Rusia Google) merancang untuk meningkatkan pasaran kereta memandu sendiri kepada lebih daripada 1,000 unit dalam beberapa tahun akan datang. Mereka juga bercadang mempercepat ujian pada teknologi baharu. 

 

Di negara Korea pula, Hyundai Mobis dan pemaju teknologi Rusia Cognitive Pilot telah mengumumkan kejayaan mereka dalam menyelesaikan modul perisian untuk keselamatan aktif dan memandu autonomi. Modul ini digambarkan amat bersesuaian untuk aplikasi SAE Tahap 3 dan 4 automatik.

 

Leggett meneruskan: "Sektor automotif Rusia sedang membangunkan keupayaannya dalam teknologi baru dan maju. Dalam perlumbaan untuk membangunkan kenderaan autonomi, syarikat Rusia masih boleh menjadi pemain penting."

 

Sumber dari :

globaldata

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan terkini GlobalData bertajuk "Cybersecurity in Automotive - Thematic Research" menekankan…
Berita Global
Walaupun Maruti Suzuki sudah memulakan ujian-ujian EV di India dan juga mengumumkan kerjasama…