Rush baharu lebih modern, lebih luas

oleh HEZERI SAMSURI|

Resipi Honda menggunakan platform MPV untuk dijadikan sebuah SUV tujuh tempat duduk kini turut digunakan oleh Toyota untuk model terbaharu Rush.

Rush baharu menerima banyak perubahan yang menjadikan ia lebih kepada sebuah MPV tinggi dengan 7 tempat duduk.

 

Ia juga dilengkapi dengan aksesori yang lebih banyak dan lebih canggih, seperti lampu hadapan LED dan sistem keselamatan moden seperti enam beg udara, ESC dan sebagainya.

Enjin sama seperti Avanza, 1.5-liter 2NR-VE Dual VVT-i yang dipadankan dengan transmisi automatik 4-kelajuan atau manual 5-kelajuan. Kesemua Rush hanya datang dalam varian pacuan roda hadapan.

 

Di Indonesia, harga Rush bermula dari RM67,500 sehingga RM77,900. Di Malaysia, masih belum diketahui bila ia akan diperkenalkan tetapi mengikut firasat Careta, tahun ini.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan laporan tahunan Vehicle Health Index Make and Model Reliability Rankings yang…
Uncategorized
Apa yang menarik, menurut khabar angin yang dilaporkan oleh Japanese Nostalgic Car, Toyota MR2 ini…
Berita Global
Trak pikap beliau mengalami beberapa kerosakan akibat kebakaran, namun kenderaan tersebut…